11 tahun negara dalam hutang


  • 11 tahun dalam hutang 
  •  Sumber: www.tradingeconomics.com I Kementerian Kewangan, Kerajaan Malaysia
 [Dikemaskini] RAMAI orang meluahkan rasa geram, mengapa kerajaan perlu kurangkan subsidi petrol dan diesel sedangkan harga minyak dunia tidak meningkat mendadak, dan Malaysia pula adalah negara pengeluar minyak.


Tetapi keputusan mengurangkan subsidi itu, jika dibaca melalui kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, nyata tidak berkait dengan kenaikan harga minyak dunia atau jumlah minyak yang dieksport Malaysia setiap tahun.


Apa yang jelas, keputusan kerajaan mengurangkan subsidi minyak buat pertama kali dalam tempoh dua tahun ini adalah bagi mengurangkan defisit dalam belanjawan negara yang mencecah 4.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lalu.

Itu adalah tahap yang dianggap agak membimbangkan oleh pakar ekonomi dan pelabur luar, menyebabkan Fitch Ratings pada Julai lalu menurunkan prospek ekonomi Malaysia daripada stabil kepada negatif.


Mengikut pakar ekonomi Barclays Plc di Singapura, Rahul Bajoria, pengurangan subsidi petrol dan diesel adalah langkah positif dan tanda pentadbiran Najib mula mengakui terdapat masalah berhubung kedudukan kewangan Malaysia.

“Mereka mula bergerak ke arah yang betul. Lebih banyak perlu dilakukan,” menurut Bajoria seperti dilaporkan Bloomberg, kelmarin.


Menurut majalah perniagaan Forbes pula, Malaysia, sebagai pengeksport minyak dan gas, telah mendapat keuntungan daripada harga minyak dunia yang semakin tinggi, namun kenaikan kos petrol dan diesel di dalam negara serta kewangan kerajaan yang semakin lemah memaksa kerajaan mula mengurangkan subsidi kerajaan.

Jika dilihat kepada statistik, Malaysia mencatatkan defisit bajet secara berterusan sejak 11 tahun lalu.


Graf defisit bajet kerajaan Malaysia di laman web Index Mundi, iaitu laman web yang mengumpul data ekonomi dan sosial daripada agensi bertanggungjawab di negara seluruh dunia, menunjukkan sejak 1988, bajet kerajaan mencatat purata defisit 2.89 peratus daripada KDNK dengan 2009 mencatatkan rekod terburuk, iaitu defisit 6.70 peratus daripada KDNK.


Berbeza dengan orang biasa yang akan dikejar bank atau ah long, jika hutang tidak dibayar dalam tempoh minimum yang diberikan, kerajaan sesebuah negara boleh beroperasi dengan defisit sederhana buat beberapa tahun kerana pemberi pinjaman tahu kemungkinan untuk sesebuah kerajaan tidak membayar hutang adalah rendah.


Tetapi, sama seperti perbelanjaan harian orang biasa yang berhutang kad kredit atau rumah, jika dibiarkan terlalu lama, hutang yang bertambah itu akan hanya menyumbang kepada lebih banyak defisit; bermakna kerajaan terpaksa mengeluarkan lebih banyak wang untuk membayar kadar faedah bagi hutang asal hingga menyebabkan kelembapan ekonomi.


Mengapa subsidi minyak perlu dikurangkan? Bandingkan dengan orang biasa yang perlu mengurangkan perbelanjaan harian dalam beberapa aspek hidup untuk mendapat lebih wang bagi membayar semula hutang.

Cuma bezanya, bila kerajaan mengurangkan perbelanjaan, kesannya dirasai oleh rakyat.

Sorok senjata api dalam kemaluan

myMetro 12 Jul 2013

Oklahoma City: Seorang wanita dihukum penjara 25 tahun selepas disabitkan kesalahan menyorok senjata api dalam kemaluannya, selain dadah di dubur.
Selepas tuduhan dibicarakan, Christie Harris mengaku bersalah pada minggu lalu.

Keputusan penghakiman dibacakan kepada tertuduh semalam.
Christie didakwa menyorokkan methamphetamine - juga dikenali sebagai ice dengan niat mahu mengedarnya.

Dia juga dituduh menyembunyikan sepucuk pistol revolver dalam kemaluannya. Christie ditahan pada Mac lalu selepas seekor anjing pengesan membawa polis ke kereta dipandunya.

Hasil pemeriksaan, polis menemui beberapa jenis dadah dan sepucuk pistol separa automatik. Ketika dijel, Christie enggan melondehkan seluar dalamnya untuk membolehkan pegawai bertugas membuat pemeriksaan bahan larangan.
Dokumen mahkamah menyatakan, Christie memberitahu dia ketika itu datang bulan.

Bagaimanapun, Christie akhirnya mengalah dan ia membolehkan pegawai pemeriksa yang bertugas melihat “objek kayu dan logam” terjulur dari kemaluan suspek. Apabila diperiksa, objek itu ialah sepucuk pistol revolver. Pegawai bertugas turut menemui dua pek berisi sejumlah besar bahan kristal yang didapati kemudian sebagai ice. - Agensi

Celana Dalam Tahan Bom

  22 Feb 2013

Abu Dhabi, -  Seluar dalam tahan bom kini telah beredar di pasaran di Uni Emirat Arab. Seluar dalam antibom ini dilancarkan setelah melewati serangkaian uji cuba produk di sebuah laboratorium di Belanda, yang membuktikan produk ini tahan dalam serangan granat dan tembakan.

Seluar dalam inovatif ini dipasarkan untuk para personel tentera dan staf diplomatik yang bertugas di zon  konflik. Namun seluar ini juga ditujukan bagi para ahli perniagaan tingkat tinggi yang ingin melindungi bahagian vital mereka dari para penembak.

Demikian seperti dilansir surat khabar 7days, Khamis (21/2/2013).

Produk ini terbuat dari bahan Polyethelene yang lentur. Bahannya yang ringan membuat seluar ini boleh digunakan seperti memakai seluar dalam biasa. Celana ini mulai beredar di Abu Dhabi minggu ini dengan dipamerkan di acara IDEX, pameran senjata terbesar di Timur Tengah.

Seluar dalam ini diproduksi oleh Blucher, perusahaan pembuat perlengkapan tentera  yang berbasis di Belanda, telah membuat seluar dalam antibom. Lantas berapa harganya? Pihak Blucher menolak menyebutkan harga seluar dalam yang baru dirilis ini.

"Itu tergantung model seluar dalamnya dan keperluan pelanggan," kata manajer sales Blucher, Michael Fiedler.
  detikNews