Tragis! Wanita Muda Maut Tertembak Ketika Menari dengan Polis

Posted by indah.com on 12 Jul 2012


Tragis! Seorang wanita muda di Amerika Syarikat tanpa disengajakan tertembak ketika sedang menari dengan seorang polis dalam sebuah pesta. Wanita berumur 24 tahun itu maut!

 Adaisha Miller meninggal akibat luka tembakan di dadanya setelah insiden tragis yang terjadi Minggu, 8 Julai waktu setempat di rumah  polis bernama Issac Parrish di Detroit.

 Menurut polis setempat, menari korban memeluk polis tersebut dari belakang. Saat itulah wanita tersebut tak sengaja menyentuh pistol yang berada dalam sarung pistol yang dipasang di pinggang polis tersebut. Sentuhan ini diduga menyebabkan pistol meletus tanpa sengaja.

 Otoriti setempat tengah menyelidiki insiden ni. Namun penyelidikan awal menunjukkan, penembakan ini satu kecelakaan. "Tak ada indikasi polis tersebut menaruh tangannya di senjatanya," kata Ketua polisDetroit Ralph Godbee Jr seperti diberitakan media tempatan Detroit Free Press dan dilansir News.com.au, Selasa (10/7/2012).

 Dijelaskannya, senjata api tersebut berjenis semi auto kaliber-40 Smith & Wesson M&P.
 "Untuk keluarga Adaisha Miller atas nama Jabatan Polis Detroit dan saya sendiri sebagai seorang ayah, menyampaikan dukacita mendalam kami atas apa yang diindikasikan dalam penyelidikan awal sebagai insiden yang sangat tragis dan disayangkan," tutur Godbee.

 Ibunda korban, Yolanda McNair sangat hancur atas kematian putrinya. "Kejadian yang menimpa dia, apakah mereka menyebutnya kecelakaan aneh ataupun kesalahan, ini seharusnya tak terjadi pada anak saya, dan tak ada yang boleh saya lakukan untuk mengembalikannya," cetus McNair.

Mengerikan Bola Mata Terkeluar Ketika Perbicaraan

Sabtu, 09 Februari 2013 
Mata palsu (Foto: Orange)
Mata palsu (Foto: Orange)
PHILADELPHIA - Sebuah mahkamah kes kejahatan dikejutkan oleh kejadian mengerikan. Semasa seorang mangsa kejahatan hendak memberikan kesaksiannya, tiba-tiba saja bola matanya keluar.

Ternyata bola mata dari John Huttick merupakan bola mata palsu. Huttick terpaksa hidup dengan bola mata palsu, kerana dia kehilangan bola akibat satu perkelahian.

Ketika Huttick duduk di kerusi saksi dan memberikan keterangannya, lelaki  asal Philadelphia, Amerika Syarikat   itu menangis. Ketika menangis, tiba-tiba saja bola mata palsunya keluar dan jatuh. Kejadian ini sontak membuat deretan orang yang berada di ruang pengadilan terkejut.

"Saya tidak percaya, tiba-tiba saja bola mata itu keluar," jelas Huttick, seperti dikutip Orange, Sabtu (9/2/2013).

Hakim Robert Coleman yang memimpin perbicaraan, menganggap insiden itu tidak disengaja. Hakim Coleman akhirnya memutuskan untuk menjadual ulang perbicaraan.

Pengadilan ini membawa Matthew Brunelli sebagai tertuduh yang menyebabkan Huttick kehilangan bola matanya. Huttick yang melayangkan dakwaan, kehilangan pekerjaan atas luka yang dideritanya.
okezone.com

Dirogol Ketika Mabuk

Dirogol Ketika Mabuk


Dirogol Ketika Mabuk - KOTA KINABALU : Akibat termakan ajakan, seorang gadis berusia 17 tahun bukan saja dipaksa minum minuman keras sehingga mabuk, malah dijadikan pemuas nafsu lelaki baru dikenali di dalam sebuah van di ladang kelapa sawit di Keningau, Khamis lalu.
Terdahulu, mangsa mengenali suspek dikenali sebagai Amiz, berusia 20-an, melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengajak mangsa ke Kota Kinabalu untuk menyaksikan konsert di Padang Merdeka sempena sambutan Hari Malaysia.
Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa menerima pelawaan itu dan dijemput suspek bersama dua lagi rakannya dengan menaiki sebuah van.
Bagaimanapun, dalam perjalanan ke Kota Kinabalu yang terletak kira-kira 135 kilometer dari Keningau, suspek memaksa mangsa meminum minuman keras.
Sebaik melalui ladang kelapa sawit, suspek merogol mangsa dengan disaksikan dua lagi rakan suspek dan selepas memuaskan nafsu, lelaki berkenaan menghantar mangsa pulang ke rumahnya, kira-kira jam 10 malam hari sama.
Kejadian malang yang menimpa mangsa terbongkar apabila bapanya mengesyaki perkara buruk berlaku ke atas anak gadisnya yang berkurung dan menangis di dalam bilik sejak pulang daripada ‘menyaksikan konsert’.
Apabila ditanya, mangsa pada awalnya enggan menceritakan apa yang berlaku tetapi selepas didesak, gadis berkenaan mengaku dirogol teman barunya.
Berang dengan pengakuan itu, bapa mangsa membawa anak gadisnya ke balai polis untuk membuat laporan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Zahari Mohamad ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan itu dan polis memburu tiga suspek berdasarkan maklumat diterima.
“Siasatan awal mendapati mangsa hanya mengenali suspek dan sering berhubung melalui SMS sebelum bertemu buat kali pertama pada petang Khamis lalu.
“Suspek menggunakan pelawaan ke Kota Kinabalu bagi menyambut Hari Malaysia sebagai alasan untuk mengambil kesempatan merogol mangsa.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 (2) (c) Kanun Keseksaan dan meminta orang ramai yang ada maklumat supaya menghubungi polis membantu siasatan,” katanya. – paapaada.blogspot