Azhael Bakal Catat Sejarah DUO Pertama Juara AF Malam Ini


Debaran kian terasa, malam ini adalah final Konsert AF2013 akan berlangsung di Stadium Negara, Kuala Lumpur.

Sudah pasti peminat pelajar-pelajar AF sedang ‘berperang’ melalui undian untuk merealisasikan impian bintang pujaan hati mereka bergelar juara.

Pentas akhir AF2013 bakal menyaksikan kehebatan enam peserta finalis iaitu Azhael, Faizul, Indah, Aisyah, Amira dan Nabila.


Mungkinkah juara untuk AF2013 ini ada sedikit kelainan berbanding AF yang lepas memandangkan konsep duo telah diperkenalkan pada tahun ini.

Populariti pasangan duo, Azhael tidak dapat dinafikan dan ianya terbukti apabila penyingkiran mereka pada minggu kesembilan telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan peminat sehingga menyebabkan ‘trending’ di laman twitter.


Namun tidak dinafikan kehebatan lima peserta lain terutamanya Indah yang sebelum ini merupakan seorang penyanyi dan pastinya akan menggunakan peluang sebaik mungkin untuk bangkit di pentas akhir AF2013.

Dari segi undian, Nabila merupakan pesaing terhebat Azhael kerana peratusan undiannya adalah yang tertinggi.


Faizul juga antara nama yang disebut bakal memberi saingan hebat dan merebut gelaran juara memandangkan peningkatan persembahannya dari minggu ke minggu.

Aisyah dan Amira juga tidak kurang hebatnya apabila mereka sering diberi pujian dan memuaskan hati para juri dengan persembahan yang mengagumkan.

Apa-apapun semua teka-teki akan terjawab di malam kemuncak pentas akhir AF2013 yang akan diadakan di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada Ahad ini bermula jam 9.00 malam.

Juara akan menerima wang tunai berjumlah RM100,000, kontrak rakaman bernilai RM100,00 dan trofi, naib juara pula akan menerima wang tunai berjumlah RM30,000 beserta trofi, manakala tempat ketiga, keempat dan kelima akan menerima wang tunai berserta trofi.

Jadi, kepada penonton, jangan lupa untuk teruskan mengundi pelajar pilihan anda dengan menaip AFUNDI (3/5/10/20) untuk (3/5/10/20 undian) ke 32777.

Anda juga boleh mengikuti perkembangan pelajar AF2013 menerusi AF Buzz yang ke udara setiap isnin, jam 9.00 malam, Diari AF bermula dari Selasa hingga Khamis, jam 9.00 malam serta Terus Gempak…Inilah AF2013 (TGI AF2013) pada jumaat, jam 9.00 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Maya HD (saluran 135).

Posting Komentar