29 September 2012
SHAH ALAM - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam masih bernada sama, yang tidak akan membawa manusia pada ketaqwaan kepada ALLAH.
Nik Aziz berkata, kerajaan masih ‘menggula-gulakan’ rakyat dengan kebendaan, jauh mengajak manusia bagaimana untuk membawa manusia bertaqwa kepada ALLAH.
Mursyidul Am Pas berkata, Bajet 2013 langsung tidak ada perkara baru khususnya belanjawan kerohanian, selain memberikan rakyat dengan harta kebendaan semata-mata.
Katanya, jenayah yang berlaku dalam negara, sama ada bunuh, ragut, samun, rompak, rasuah dan berbagai lagi semuanya berlaku akibat tidak ada rasa taqwa pada ALLAH.
“Inilah natijah yang akan diterima rakyat kalau pentadbir negara hanya pentingkan dunia dari akhirat.
“Apa yang berlaku itu juga kerana mengasingkan agama dari politik, selagi keduanya diasingkan selagi itulah nyawa manusia atau harta tidak akan selamat,” kata beliau dipetik Harakahdaily.
Nik Aziz berkata, semuanya sama sahaja selagi mengabaikan tanggungjawab kerohanian pada rakyat sama ada kerajaan Malaysia atau Timur Tengah, sekiranya membelakangkan tuntutan agama, negara tidak akan aman.
Beliau yang petang ini diziarahi Sultan Kelantan petang ini turut mengambil contoh sejarah Rasulullah SAW bagaimana keamanan yang dicapai di Madinah sehingga tiada sebarang rompakan atau meminta sedekah berikutan kaum muhajirin Makkah berada di sana.
Tambah Nik Aziz, biar sebanyak mana sekalipun belanjawan dibentangkan sama ada di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, ia tidak akan berjaya sekiranya langsung tidak membentuk jiwa manusia.
“Nabi sendiri telah ditawarkan bajet kesenangan dunia iaitu perempuan, pangkat, harta asalkan tinggal Islam.
"Bagaimanapun Rasulullah menolaknya kerana agama suci ini penyelamat manusia di dunia hingga akhirat,” ujarnya.

Posting Komentar